Thursday 13 December 2012

NUKILAN RASA



cinta? apa itu cinta? terlalu subjektif maksudnya. xperlu kata apa-apa. haha. Just want to share with you alls, cinta tue kadang2 merumitkan kita. Tapi perasaan itu datang tidak diundang and tidak disapa. Macam angin yg berlalu meniup rambut yg ikal mayang. Oke malam ni aku nak jiwang. :p

Bila ianya bahagia, semuanya indah. Dah tak nampak orang sekeliling kita. Tidak peduli apa yang terjadi di sekeliling dan sampai satu tahap tuh kita merasakan kita sahaja yang betul. Aku menyedari kadang2 manusia ni alpa, bila tiba waktu indah, kita alpa dengan pecipta kita. Bila kita susah, baru nak teringat memohon doa.

Ya Allah, hindarkan aku dari berbuat begitu. Semoga apa yang aku buat sekarang di redhai Mu ya Allah.



Aku rasa, cinta itu aneh. sukar ditafsirkan. datangnya bukan dari paksaan, dan perginya kadang2 bukan dengan kerelaan. perghhh. sakitnya rasa itu. Tapi ingatlah, jika kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yg kadang2 susah utk kita fahami. Tapi percayalah, disaat DIA mengambil sesuatu dari korang, DIA telah menyediakan sesuatu yang sangat berharga dari itu.

Cinta antara dua jiwa dan hati ini kadang2 boleh dikatakan boleh membakar semangat kepada sesorang utk berubah menjadi lebih baek dr skrg, memelihara akhlak yg mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia, dan menjaga adam dan keperabadian seseorang. Tapi cinta juga adalah ujian dimana kita harus berwasapa, sebab pasti ada yg ke tiga antara dua dan pertimbangan manusia antara akal n rasa



Pernahkah kita merasa satu ketika, kita berjumpa dgn seorg yg benar2 satu kepala dgn kita, sehingga kita merasa dia sbg teman sejiwa kita, tapi kita harus mrasakn penderitaan yg teramat sgt krn bagaimanapun ‘dia bukan untuk kita?


Pernahkah kita ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dlmnya luka di hati kita ketika ‘dia yang bukan untuk kita’?

Pernahkah kita ingin berteriak melepas semua beban dari hati kita, namun ‘dia yang bukan untuk kita’ itu berada semakin kuat dalam hati kita?



Pernahkah kita begitu merindukannya, n dlm tidur kita masih dan ttp merindukannya walaupun hampir setiap hari kita tahu kita boleh berjumpa dgn ‘dia yang bukan untuk kita’ itu?

Pernahkah kita terus berusaha utk menjaga hati kita dan mengisi hati dan jiwa dgn terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kita sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagi kita, kerana Dia teramat menyayangi kita?

ya, saya pernah.

pedihnya hanya aku yang rasa, dan aku hanya hamba cinta, bisik hatiku melepaskannya tapi sungguh aku tak boleh, biarkan lah aku sendiri tanpa kasih dihati dan aku tak mampu menanggung lagi cinta yang menyakiti.  








3 comments: