Friday 18 April 2014

PELANGI

Pelangi itu cantik
Tetapi, wujudnya pelangi selepas hujan terbitnya matahari
Begitulah kehidupan
Bersabarlah wahai hati
Kesedihan itu akan terhapus
Percaya pada Dia
Kerana sebaik baik perancangan adalah dari Nya

The VH

Wednesday 16 April 2014

FAKE FRIEND

Katanya kawan sejati
Eh, mane erti sejati jika sering disakiti
Bosan dgn permainan pura pura
Acah acah prihatin
Acah acah sayang
Acah acah berjenaka

Nak cari the real one
1 dalam berjuta
Pentig diri sendiri itu pasti wujud
Berlari ke utara
Berenang ke selatan
Merangkak ke timur
Tidak dapat lari
Permainan duniawi yg sering melekakan

Konspirasi demi konspirasi
Utk menjatuhkan
Itu hasad dengki yg tertinggi
Sudah sudahlah kawan
Muak dgn permainan ni

Tabahkan sahaja
Sabarkan sahaja
Sikit masa sahaja lagi
Untuk semua ini
Biarlah ibarat lilin
Nak terangi org lain, diri sendiri yg terbakar

The VH

Tuesday 15 April 2014

KAWAN

Kata sahabat selamanya
Apa erti sahabat kiranya sering disakiti
Terus di salah erti
Tolonglah memahami
Hati ini tidak mampj memberi kata
Ingin di luah, takut hatimu terguris
Ingin disimpan, perit memendam

Monday 14 April 2014

YANG PERGI

Kenangan pahit itu perit
Mengambil separuh nyawa pergi
Rasa nya teramat sakit
Jatuh duduk kembali duduk
Entah kali ke berapa
Bangkit dan terus bangkit

Wahai kenangan
Salam kasih aku utuskan
Terima kasih ku berikan
Pengajaran yg tidak ku lupakan
Erti sebuah kehidupan
Erti sebuah pengertian
Membawa sejuta harapan
Ingin mencapai kejayaan

Di uji bertubi
Di hina berkali kali
Eh, peduli ape hati ini
Allah SWT lebih mengerti
Wahai manusia, sudah sudahlah

Dulu ditaburi janji
Sentiasa menanti
Eh tiba masanya, engkau mungkiri
Eh tidak mengapa, hati ini sentiasa dilukai
Tapi sentiasa menanti
Sehingga hati ini lelah
Sehingga hati ini hancur
Sehingga hati ini rapuh
Sehingga hati ini dirobek robek
Akhirnya, berakhir juga

Boleh pergi
Tidak kembali
Semoga pencipta meredhai
Pemergian yang tidak akan kembali
Innalillahiwainalillahirojiun.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang.

The VH

Saturday 12 April 2014

Wahai

Biar sakit di pendam
Biar lara memerit jiwa
Hanya memohon pada yang Esa
Semoga tabah wahai hati
Air mata gugur juga
Semangat dipinta untuk berdiri
Kembali mengutip serpihan rasa yang tinggal
Untuk rasa di hari kemudian

Wahai hati
Bersabarlah, kuatkanlah
Ini semua dugaan yang termampu
Kerana itu Dia menguji sebegini rupa
Tidak perlu sedih, tetapi bersyukur
Kerana hati ini dipilih untuk diuji
Dan kerana itu, hikmah dijanjikan

Wahai sekalian manusia
Bercakaplah kesana kemari tentang itu ini
Hati ini tidak peduli
Cukuplah hati ini bersendiri
Kerana itu membuatkan hati ini lebih berhati hati

The VH

Thursday 20 February 2014

NEW SEMESTER


Alhamdulillah.
new semester telah pun bermula.
syukur ke hadrat Ilahi, result yang memuaskan.
Byk kali check, sebab mcm xcaya.
Paper kol 8 pg, kol 2 pg masih berada di McD
menunjukkan byk main,
berkat doa ibu bapa dan kawan2.
alhamdulillah.



yeaayyy. I need through 45 credit hours more,
Plus subject yg dah transfer credit.
but, im too scared with Business Communication
subject tahun 1, tp, till now x amek2 sbb clash
jgn lah tahun 3 / 4 clash jugak
if not, grad lambat lerrr.

memandangkan buah aty pon akan bergelar student
hope this semester, i can go through easy
may Allah ease everything
Good luck sayang ! 



Thursday 13 February 2014

SUBHANALLAH




Subhanallah..
aku menyayangi dia kerana Mu
aku mencintai Allah
lalu aku mencintai nya
dalam pengembaraan ini
ikhlas kerana Mu

tetapkanlah hati kami
agar kami tidak tergelincir
tetapkanla iman kami
agar kami sentiasa patuh perintah Mu

sekiranya dia jodoh ku, dekatkan lah kami
ikhlas kerana nya
jujur kerana nya

lindungi hati ini
agar tidak tersakiti lagi
ujian dari Mu itu sgt besar
tidak terpikul
tidak tertahan rasanya
jatuh tersembam kerana cinta manusia


Monday 10 February 2014

UMPAMA


cinta yg membuah ranum di dasar hati

menciptakan kemanisan

pada jiwa yg merasa

namun, tanpa baja, tanpa dijaga

akar yg kukuh boleh rapuh

bunga yg mekar layu berguguran sblm kembang

andai batang yg tebal menyembah bumi

manakan ranting dan dahan ingin berpaut










Sunday 9 February 2014

AIR TERJUN CHAMANG, BENTONG


Air Terjun Chamang , Bentong

not bad.
kawasan bersih.
ada tempat persalinan.
cuma nak masuk, jauh, n jln liku2.




























































Tuesday 4 February 2014

MISS YOU LIKE CRAZY




I used to call you my girl
I used to call you my friend 
I used to call you the love 
The love that I never had 

When I think of you 
I don't know what to do 
When will I see you again

I miss you like crazy 
Even More than words can say 

I miss you like crazy 
Every minute of every day 

Girl I'm so down when your love's not around 
I miss you, miss you, miss you 
I miss you like crazy 

You are all that I want 
You are all that I need 

Can't you see how I feel 
Can't you see that my pain's so real 

When I think of you 
I don't know what to do 
When will I see you again


Thursday 30 January 2014

LET BYGONE BE BYGONE


" LET BYGONE BE BYGONE "

simple word to say
simple ?

if our memory can be easy deleted like a computer
just press button delete
and delete at recycle bin !

easy !



but try la usaha utk melupakan kenangan pahit dlm hidup tu
life must go on
dont look at back
just take the lesson !
learn from mistakes.

noted.

FOCUSED ON YOUR FUTURE


Wednesday 29 January 2014

FUTURE IMAM


Sayang…
Setiap hari aku menunggu kehadiranmu
Setiap hari aku menunggu kedatanganmu
Setiap hari aku memanjat doa padaNya agar aku dapat bertemu denganmu…


Sayang..
Setiap hari aku sabar
Setiap hari aku redha
Aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku…
Aku pasti kamu jua begitu…

Sayang…
Aku inginkan dirimu…
Datang dan temui diriku…
Kan ku katakan padamu,
Aku sangat mencinta

Sayang…
Andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku…
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNYA agar dipertemukan dengan dirimu
Andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku…

Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus bersabar…
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi…
Setiap malam aku menangis, sayang…
Menanti kehadiranmu…
Kerana aku rindu untuk menceritakan segalanya padamu…
Kerana aku rindu untuk meluahkan apa yang aku rasa…

Sayang…
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan kehadiranmu disetiap malamku…
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan seseorang untuk menjadi Imam disetiap solatku

Sayang…
Aku sentiasa menunggu kamu…
Aku sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan yang Allah SWT tetapkan untuk aku…

Sayang…
Sesungguhnya aku tahu Sabar itu separuh daripada Iman..
Dan dengan kekuatan iman aku ini, aku tetap sabar menanti kamu…
Aku tidak lupa untuk memohon pada Yang Esa agar dipertemukan dengan kamu…

DIA yang tetapkan Jodoh buat kita
Hanya DIA yang mengetahui segalanya
Hanya DIA yang mengetahui bila kita akan bertemu

Sayang…
Aku sudah penat untuk mendengar bicara teman-teman diluar sana…
Aku sudah penat untuk menjawab segala persoalan mereka…
Sedikit masa lagi
Aku sedar, sayang…
Cinta itu akan jadi milik kita
Jodoh kita adalah untuk selamanya…
Sepanjang akhir hayatku…
Hanya kau yang kucinta
Hanya kau yang kurindu…
Kerana DIA yang tetapkan perasaan itu untuk kamu
kerana DIA yang mengizinkan aku untuk mencintaimu

Sayang…
Dimana sahaja kau berada, dengarlah bisikan hatiku
Dengarlah setiap doa-doaku
Kerana doaku untuk cinta kita
Mohon lah padaNYA, sayang…
Agar kita di satukan suatu hari nanti…
Jika kita tidak disatukan disini, mungkin kita akan bertemu disana
Di alam yang kekal selamanya…


PENGHARGAAN


terbuaia dari lena yang panjang..
tersentap dgn kata-katanya..
sungguh pun begitu, manusia sering alpa..
berusaha terus mencuba..
sehingga sebuah kehilangan menjengah..

sebuah pengorbanan tiada bandingan..
sungguh pun begitu, ianya tidak kelihatan..
sungguh pun ianya sering hadir..
sungguh pun ianya terlalu rapat..
sehingga sebuah kehilangan itu menjengah lagi..

sementara kehilangan dirasai..
air mata penyesalan itu PASTI
pasti mengalir !
pasti dirasai !
pasti sakit !

andai dapat ku putar kembali..
andai dapat ku dapat menghargai..
andai dapat ku sedari awal..
andai dapat ku mengerti terlebih awal..

sudah terlambat..
sudah terlewat..
sudah tidak akan kembali..

biar kau meratapi, biar kau tangisi..
yang pasti, tiada utk di mungkiri..
JANJI ALLAH ITU PASTI !

hargai lah sementara ada..
mak bapak.. iken sayang sgt2 kat mak n bapak..

sayangi ibu bapa kita sebelum terlambat..
hargai lah mereka..

walaupun bukan utk ibu bapa..
coretan ini juga buat si manusia kpd manusia..

NEW


hye uolss..
selamat kembali pada diri ku ke dunia blogger..
setelah sekian lamanya..
ehemm...........
perasaan gundah gulana sebenarnya..
terlalu byk kenangan di blog..
disini lah aku di hentam hebat..
pedulikan..

tahun baru bermula dgn hati yg berputik..
kerana sebuah

                                                   CINTA 


alhamdulillah..
itu ringkasannya..


" Kita bertemu kerana Allah , Kita berkasih dengan izin Nya..
Sekiranya Kau adalah jodoh ku, dekatkan lah kami ya Allah, dan 
Sekiranya Dia bukan jodoh ku, aku pasrah dan redha dgn ketentuan Mu ya Allah.. "
 

Alhamdulillah..
berakhir sudah sem 1 tahun ke 2..
berbaki 2 tahun lagi..
semoga Allah permudahkan..
Amin...

" tahun baru. semagat baru.
dunia baru. cerita baru.
azam baru. cinta baru.
semua baru "