Friday 18 April 2014

PELANGI

Pelangi itu cantik
Tetapi, wujudnya pelangi selepas hujan terbitnya matahari
Begitulah kehidupan
Bersabarlah wahai hati
Kesedihan itu akan terhapus
Percaya pada Dia
Kerana sebaik baik perancangan adalah dari Nya

The VH

Wednesday 16 April 2014

FAKE FRIEND

Katanya kawan sejati
Eh, mane erti sejati jika sering disakiti
Bosan dgn permainan pura pura
Acah acah prihatin
Acah acah sayang
Acah acah berjenaka

Nak cari the real one
1 dalam berjuta
Pentig diri sendiri itu pasti wujud
Berlari ke utara
Berenang ke selatan
Merangkak ke timur
Tidak dapat lari
Permainan duniawi yg sering melekakan

Konspirasi demi konspirasi
Utk menjatuhkan
Itu hasad dengki yg tertinggi
Sudah sudahlah kawan
Muak dgn permainan ni

Tabahkan sahaja
Sabarkan sahaja
Sikit masa sahaja lagi
Untuk semua ini
Biarlah ibarat lilin
Nak terangi org lain, diri sendiri yg terbakar

The VH

Tuesday 15 April 2014

KAWAN

Kata sahabat selamanya
Apa erti sahabat kiranya sering disakiti
Terus di salah erti
Tolonglah memahami
Hati ini tidak mampj memberi kata
Ingin di luah, takut hatimu terguris
Ingin disimpan, perit memendam

Monday 14 April 2014

YANG PERGI

Kenangan pahit itu perit
Mengambil separuh nyawa pergi
Rasa nya teramat sakit
Jatuh duduk kembali duduk
Entah kali ke berapa
Bangkit dan terus bangkit

Wahai kenangan
Salam kasih aku utuskan
Terima kasih ku berikan
Pengajaran yg tidak ku lupakan
Erti sebuah kehidupan
Erti sebuah pengertian
Membawa sejuta harapan
Ingin mencapai kejayaan

Di uji bertubi
Di hina berkali kali
Eh, peduli ape hati ini
Allah SWT lebih mengerti
Wahai manusia, sudah sudahlah

Dulu ditaburi janji
Sentiasa menanti
Eh tiba masanya, engkau mungkiri
Eh tidak mengapa, hati ini sentiasa dilukai
Tapi sentiasa menanti
Sehingga hati ini lelah
Sehingga hati ini hancur
Sehingga hati ini rapuh
Sehingga hati ini dirobek robek
Akhirnya, berakhir juga

Boleh pergi
Tidak kembali
Semoga pencipta meredhai
Pemergian yang tidak akan kembali
Innalillahiwainalillahirojiun.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang.

The VH

Saturday 12 April 2014

Wahai

Biar sakit di pendam
Biar lara memerit jiwa
Hanya memohon pada yang Esa
Semoga tabah wahai hati
Air mata gugur juga
Semangat dipinta untuk berdiri
Kembali mengutip serpihan rasa yang tinggal
Untuk rasa di hari kemudian

Wahai hati
Bersabarlah, kuatkanlah
Ini semua dugaan yang termampu
Kerana itu Dia menguji sebegini rupa
Tidak perlu sedih, tetapi bersyukur
Kerana hati ini dipilih untuk diuji
Dan kerana itu, hikmah dijanjikan

Wahai sekalian manusia
Bercakaplah kesana kemari tentang itu ini
Hati ini tidak peduli
Cukuplah hati ini bersendiri
Kerana itu membuatkan hati ini lebih berhati hati

The VH