Saturday 12 April 2014

Wahai

Biar sakit di pendam
Biar lara memerit jiwa
Hanya memohon pada yang Esa
Semoga tabah wahai hati
Air mata gugur juga
Semangat dipinta untuk berdiri
Kembali mengutip serpihan rasa yang tinggal
Untuk rasa di hari kemudian

Wahai hati
Bersabarlah, kuatkanlah
Ini semua dugaan yang termampu
Kerana itu Dia menguji sebegini rupa
Tidak perlu sedih, tetapi bersyukur
Kerana hati ini dipilih untuk diuji
Dan kerana itu, hikmah dijanjikan

Wahai sekalian manusia
Bercakaplah kesana kemari tentang itu ini
Hati ini tidak peduli
Cukuplah hati ini bersendiri
Kerana itu membuatkan hati ini lebih berhati hati

The VH

No comments:

Post a Comment