Wednesday 29 January 2014

FUTURE IMAM


Sayang…
Setiap hari aku menunggu kehadiranmu
Setiap hari aku menunggu kedatanganmu
Setiap hari aku memanjat doa padaNya agar aku dapat bertemu denganmu…


Sayang..
Setiap hari aku sabar
Setiap hari aku redha
Aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku…
Aku pasti kamu jua begitu…

Sayang…
Aku inginkan dirimu…
Datang dan temui diriku…
Kan ku katakan padamu,
Aku sangat mencinta

Sayang…
Andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku…
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNYA agar dipertemukan dengan dirimu
Andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku…

Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus bersabar…
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi…
Setiap malam aku menangis, sayang…
Menanti kehadiranmu…
Kerana aku rindu untuk menceritakan segalanya padamu…
Kerana aku rindu untuk meluahkan apa yang aku rasa…

Sayang…
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan kehadiranmu disetiap malamku…
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan seseorang untuk menjadi Imam disetiap solatku

Sayang…
Aku sentiasa menunggu kamu…
Aku sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan yang Allah SWT tetapkan untuk aku…

Sayang…
Sesungguhnya aku tahu Sabar itu separuh daripada Iman..
Dan dengan kekuatan iman aku ini, aku tetap sabar menanti kamu…
Aku tidak lupa untuk memohon pada Yang Esa agar dipertemukan dengan kamu…

DIA yang tetapkan Jodoh buat kita
Hanya DIA yang mengetahui segalanya
Hanya DIA yang mengetahui bila kita akan bertemu

Sayang…
Aku sudah penat untuk mendengar bicara teman-teman diluar sana…
Aku sudah penat untuk menjawab segala persoalan mereka…
Sedikit masa lagi
Aku sedar, sayang…
Cinta itu akan jadi milik kita
Jodoh kita adalah untuk selamanya…
Sepanjang akhir hayatku…
Hanya kau yang kucinta
Hanya kau yang kurindu…
Kerana DIA yang tetapkan perasaan itu untuk kamu
kerana DIA yang mengizinkan aku untuk mencintaimu

Sayang…
Dimana sahaja kau berada, dengarlah bisikan hatiku
Dengarlah setiap doa-doaku
Kerana doaku untuk cinta kita
Mohon lah padaNYA, sayang…
Agar kita di satukan suatu hari nanti…
Jika kita tidak disatukan disini, mungkin kita akan bertemu disana
Di alam yang kekal selamanya…


No comments:

Post a Comment